Thursday, October 15, 2015

Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N17 MARA



OK kali ni nak ceghita pasal pengalaman interview Pembantu Setiausaha Pejabat jugak naa tapi kali ni untuk agensi MARA.  Kali ni pun sama terpaksa menggunakan perkhidmatan En Waze kerana lokasinya di Beranang. OMG macam nak berenang masa dapat panggilan interview ni. Sebab apa? Ada lah sebab dan musababnya. hehe.  Ok. masa mai ni SM menginap di homestay berhampiran dengan KKTM tu tapi fulamak nak cari rumah tu memang stress tak hengat. Rumah nye dekat aje dengan jalan utama tapi disebabkan owner homestay mengalami kesukaran nak menjelaskan sampai berpeluh -peluh SM cari (tipu la tuuu). Nasib baik selamat sampai di homestay tersebut. Alhamdulillah. So keesokan nya SM keluar jam 7 pagi and then sampai di KKTM jam 7.05 pagi. Heheheh memang la kan dah cakap dekat. Masa sampai tu ladalah berapa ketoi ja calon yang baru sampai. So, SM pergi la daftar. Asal jumpa orang je SM tegur dari mana dari mana. Hurm tak malu ke SM ni ek? SM ni sebenarnya pemalu, tapi kadang kadang terlajak peramah. Yelah sebenarnya nak hilangkan nervous tu aje. Calon utk jawatan nie ada 20 orang je. tapi untuk jawatan pembantu tadbir sambilan ramai sangat. Beratus mungkin. So mula-mula kami calon PA ni dipanggil untuk menjawab ujian trengkas. Ada seorang jurubaca nya. 3 muka surat dengan masa yang agak pantas. Fuhh memang berpeluh ketiak. Try je sebaik mungkin. Tapi ada jugak yang tak dapat nak jawab. Tapi teruskan jugak guris yang mana tahu dan sempat ambil tu. Ok tamat ujian trengkas. Setengah jam kemudian kami terus dipanggil temuduga lisan secara berkumpulan. Satu kumpulan 4 orang. Panel nya ada 3. Antara soalannya: 
  • First, please introduce yourself in English.
  • Apa yang kamu tahu pasal kerja-kerja sebagai seorang PA ni?
  • Diberi situasi, jika bos mempunyai habit yang pelik, apa kamu perlu buat?
  • Surah apa yang kamu selalu baca dan bila kali terakhir kamu baca?
  • Terangkan apa yang kamu tahu pasal MARA?
  • Siapa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baru digubal semalam?
  • Apa isu semasa tentang MARA yang kamu tahu?
  • Please explain how you begin your day today.
  • Lukiskan kedudukan VIP jika berada di dalam sebuah dewan.
Ok itu sahaja lah yang SM dapat kongsikan. Untuk keputusan ni, SM tunggu tapi masih takde jawapan lagi. Panel ada beritahu dalam tempoh masa setahun tiada khabar berita bermakna gagal. So SM menganggap SM dah gagal kerana masih tiada panggilan dan khabar berita walaupun dah 2 bulan lebih and yang pergi tu ada yang bekerja dengan MARA, internship di MARA. SM tiada kenal sesiapa di HQ MARA. Yang ada cuma staff di sebuah MRSM tu pun bukan yang jawatan besar. So mungkin dah ditetapkan bukan rezeki SM lagi, so SM masih meneruskan misi mencari kerja tetap sekarang :)




0 comments:

Post a Comment