Wednesday, February 10, 2016

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT MARA

Toing toing. Esoknya lepas dapat surat dari UKM SM dapat panggilan dari Bahagian Sumber Manusia  HQ MARA.  Kenapa ya?  Cik tu call untuk ucap tahniah sebab lulus temuduga as P.A.  Hepinyeee... tapi? Tapi apa ya.. Tapi nya SM ditempatkan di Pejabat MARA Negeri Kedah. Jauh bak hang. Hmmmmmm, Tapi SM redha demi nak kerja tetap dan berpencen. Isk isk isk.  Ingat ya bagi yang dah pergi temuduga MARA keputusan nya memang lama nak keluar jadi bersabarlah menunggu. Andai sudah rezeki pasti tak ke mana.  SM dapat result dalam 5 bulan kot. Cuba hampa bayangkan naa.  Dan sekarang SM dah berkhidmat di MARA Kedah untuk bulan kedua. Masih dalam proses pembelajaran. Maklumlah saya budak baru belajar. Fresh gittew.Okey bagi semua yang masih belum mendapat kerja, try n error lagi ok. SM mengadap laptop mencari kerja hampir setiap hari dulu nak habaq mai. Jadi, sabaq naaa. Semoga berjaya !

SURAT DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

20 Disember 2015 SM dapat surat dari UKM. Wah SM nak sambung study ke ni. Jeng jeng jeng. Hehehe. Memang nak sambung study tapi bukan sekarang.  Habis kenapa UKM hantar surat? Tettt flashback semula. SM kan pergi interview Pembantu Setiausaha Pejabat pada 1.11.2015.  Tahniah, anda terpilih sebagai calon simpanan untuk tempoh 6 bulan. Isk isk nak menangis ke nak suka ni? Haha wuuu takpela SM okey je. Dapat khabar berita pun dah okey. SM ingat depa tak pandang langsung SM ni maklumlah yang pergi temuduga dulu semua hebat hebat. Rupa nya SM dapat tempat jugak la kat hati para panel. Alhamdulillah. Apa jadi seterusnya? Tungguuuuuuuuuuuu

TEMUDUGA PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT


Hai apa khabar orang kampung.. hehe.. dah 2016 baru nak cita ka SM oi.. Takpela.. Rasanya ni tetap info berguna buat yang tengah cari tentang pekerjaan ni kan. Kalau SM dulu time nak cari info semua blog bukak kalau nampak perkataan yang terlibat.  Okey temuduga. Back to title ya.  Yang pergi interview ni tak ramai sepuluh orang je.  Tapi semua hebat hebat. Ya ampun. Tapi SM tak nak nampak lemah SM pamerkan muka dengan tahap keyakinan paling tinggi walaupun tengah nervous sesangat. Diorang yang datang  jumlahnya boleh kata dah average umur 25-33. SM baru 21 tahun. Ala budak.  Tapi SM lawan confidence level depa. N panel sangat baik hati semua. Takde soalan pusing pusing. Semua steady dan lurus sahaja. *Psst psst kami masuk sekali harung semua sepuluh sepuluh. Haa goreng la apa nak goreng nak bagi hampa laku.  Agak susah sebenarnya masuk terlalu ramai macam ni. Kena pandai pandai la goreng bagi nampak hebat. Kalau tak memang tak dapekk la.  Ok lah antara soklan soklan yang ditanya :

1.  Perkenalkan diri. Nama, asal, pengalaman kerja (Jika ada)
2.  Ceritakan bidang kerja anda
3.  Apa yang boleh anda sumbangkan pada UKM
4.  Kalau diberi pilihan, di mana anda ingin ditempatkan


Okey itu yang setakat SM ingat.  Gud luck untuk yang nak pergi interview nanti :)