Wednesday, February 10, 2016

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT MARA

Toing toing. Esoknya lepas dapat surat dari UKM SM dapat panggilan dari Bahagian Sumber Manusia  HQ MARA.  Kenapa ya?  Cik tu call untuk ucap tahniah sebab lulus temuduga as P.A.  Hepinyeee... tapi? Tapi apa ya.. Tapi nya SM ditempatkan di Pejabat MARA Negeri Kedah. Jauh bak hang. Hmmmmmm, Tapi SM redha demi nak kerja tetap dan berpencen. Isk isk isk.  Ingat ya bagi yang dah pergi temuduga MARA keputusan nya memang lama nak keluar jadi bersabarlah menunggu. Andai sudah rezeki pasti tak ke mana.  SM dapat result dalam 5 bulan kot. Cuba hampa bayangkan naa.  Dan sekarang SM dah berkhidmat di MARA Kedah untuk bulan kedua. Masih dalam proses pembelajaran. Maklumlah saya budak baru belajar. Fresh gittew.Okey bagi semua yang masih belum mendapat kerja, try n error lagi ok. SM mengadap laptop mencari kerja hampir setiap hari dulu nak habaq mai. Jadi, sabaq naaa. Semoga berjaya !

SURAT DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

20 Disember 2015 SM dapat surat dari UKM. Wah SM nak sambung study ke ni. Jeng jeng jeng. Hehehe. Memang nak sambung study tapi bukan sekarang.  Habis kenapa UKM hantar surat? Tettt flashback semula. SM kan pergi interview Pembantu Setiausaha Pejabat pada 1.11.2015.  Tahniah, anda terpilih sebagai calon simpanan untuk tempoh 6 bulan. Isk isk nak menangis ke nak suka ni? Haha wuuu takpela SM okey je. Dapat khabar berita pun dah okey. SM ingat depa tak pandang langsung SM ni maklumlah yang pergi temuduga dulu semua hebat hebat. Rupa nya SM dapat tempat jugak la kat hati para panel. Alhamdulillah. Apa jadi seterusnya? Tungguuuuuuuuuuuu

TEMUDUGA PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT


Hai apa khabar orang kampung.. hehe.. dah 2016 baru nak cita ka SM oi.. Takpela.. Rasanya ni tetap info berguna buat yang tengah cari tentang pekerjaan ni kan. Kalau SM dulu time nak cari info semua blog bukak kalau nampak perkataan yang terlibat.  Okey temuduga. Back to title ya.  Yang pergi interview ni tak ramai sepuluh orang je.  Tapi semua hebat hebat. Ya ampun. Tapi SM tak nak nampak lemah SM pamerkan muka dengan tahap keyakinan paling tinggi walaupun tengah nervous sesangat. Diorang yang datang  jumlahnya boleh kata dah average umur 25-33. SM baru 21 tahun. Ala budak.  Tapi SM lawan confidence level depa. N panel sangat baik hati semua. Takde soalan pusing pusing. Semua steady dan lurus sahaja. *Psst psst kami masuk sekali harung semua sepuluh sepuluh. Haa goreng la apa nak goreng nak bagi hampa laku.  Agak susah sebenarnya masuk terlalu ramai macam ni. Kena pandai pandai la goreng bagi nampak hebat. Kalau tak memang tak dapekk la.  Ok lah antara soklan soklan yang ditanya :

1.  Perkenalkan diri. Nama, asal, pengalaman kerja (Jika ada)
2.  Ceritakan bidang kerja anda
3.  Apa yang boleh anda sumbangkan pada UKM
4.  Kalau diberi pilihan, di mana anda ingin ditempatkan


Okey itu yang setakat SM ingat.  Gud luck untuk yang nak pergi interview nanti :)

Thursday, October 15, 2015

Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N17 MARA



OK kali ni nak ceghita pasal pengalaman interview Pembantu Setiausaha Pejabat jugak naa tapi kali ni untuk agensi MARA.  Kali ni pun sama terpaksa menggunakan perkhidmatan En Waze kerana lokasinya di Beranang. OMG macam nak berenang masa dapat panggilan interview ni. Sebab apa? Ada lah sebab dan musababnya. hehe.  Ok. masa mai ni SM menginap di homestay berhampiran dengan KKTM tu tapi fulamak nak cari rumah tu memang stress tak hengat. Rumah nye dekat aje dengan jalan utama tapi disebabkan owner homestay mengalami kesukaran nak menjelaskan sampai berpeluh -peluh SM cari (tipu la tuuu). Nasib baik selamat sampai di homestay tersebut. Alhamdulillah. So keesokan nya SM keluar jam 7 pagi and then sampai di KKTM jam 7.05 pagi. Heheheh memang la kan dah cakap dekat. Masa sampai tu ladalah berapa ketoi ja calon yang baru sampai. So, SM pergi la daftar. Asal jumpa orang je SM tegur dari mana dari mana. Hurm tak malu ke SM ni ek? SM ni sebenarnya pemalu, tapi kadang kadang terlajak peramah. Yelah sebenarnya nak hilangkan nervous tu aje. Calon utk jawatan nie ada 20 orang je. tapi untuk jawatan pembantu tadbir sambilan ramai sangat. Beratus mungkin. So mula-mula kami calon PA ni dipanggil untuk menjawab ujian trengkas. Ada seorang jurubaca nya. 3 muka surat dengan masa yang agak pantas. Fuhh memang berpeluh ketiak. Try je sebaik mungkin. Tapi ada jugak yang tak dapat nak jawab. Tapi teruskan jugak guris yang mana tahu dan sempat ambil tu. Ok tamat ujian trengkas. Setengah jam kemudian kami terus dipanggil temuduga lisan secara berkumpulan. Satu kumpulan 4 orang. Panel nya ada 3. Antara soalannya: 
  • First, please introduce yourself in English.
  • Apa yang kamu tahu pasal kerja-kerja sebagai seorang PA ni?
  • Diberi situasi, jika bos mempunyai habit yang pelik, apa kamu perlu buat?
  • Surah apa yang kamu selalu baca dan bila kali terakhir kamu baca?
  • Terangkan apa yang kamu tahu pasal MARA?
  • Siapa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baru digubal semalam?
  • Apa isu semasa tentang MARA yang kamu tahu?
  • Please explain how you begin your day today.
  • Lukiskan kedudukan VIP jika berada di dalam sebuah dewan.
Ok itu sahaja lah yang SM dapat kongsikan. Untuk keputusan ni, SM tunggu tapi masih takde jawapan lagi. Panel ada beritahu dalam tempoh masa setahun tiada khabar berita bermakna gagal. So SM menganggap SM dah gagal kerana masih tiada panggilan dan khabar berita walaupun dah 2 bulan lebih and yang pergi tu ada yang bekerja dengan MARA, internship di MARA. SM tiada kenal sesiapa di HQ MARA. Yang ada cuma staff di sebuah MRSM tu pun bukan yang jawatan besar. So mungkin dah ditetapkan bukan rezeki SM lagi, so SM masih meneruskan misi mencari kerja tetap sekarang :)




Sunday, October 11, 2015

UJIAN KOMPETENSI KELAYAKAN UKM


UJIAN KOMPETENSI UKM

Siapa pernah join try test and cuba pergi ujian ni? SM ada pergi baru baru ni. baru lagi pada 02/10/2015.


Okey macam tu la lebih kurang jemputan untuk ke ujian kompetensi tu. Actually mohon jawatan ni bulan 8 kalau tak silap. Bulan 10 baru dapat respon. First pihak mereka email, then mereka akan SMS pada kita. So pergi lah ke Bangi pada 01/10/2015. SM ni bukan lah biasa mana jalan KL tapi buat buat tau jelah. Itu pun pasal ada Encik Waze. Sampai lah ke Bukit Mahkota. SM bermalam di rumah bapa saudara. Tapi keesokannya SM bertolak jam 7.00 pagi. Terikut pulak jalan yang jammed. Berpeluh ketiak rasa. Takut terlewat. Ok then 7.45 sampai di UKM centre. Turun kereta tanya guard salah pulak. Tempat ujian di tempat lain. Mujur lah dekat je. Pusing punya pusing dalam kawasan yang baru pergi tu tak jumpa. Last last turun pergi tanya seorang lecturer. Baik sangat lecturer tu. Santun budi pekerti nya sangat mulia, Lembut je menjawab pertanyaan kita. Ok then SM follow sampai lah ke tempat ujia. SM sampai dah jam 8.05a.m. Berderau rasa. Tapi tengok-tengok kat dewan tu ratusan calon masih lagi beratur di luar dewan. Alhamdulillah. SM pun terus melulu ke dewan and sampai je terus tanya salah seorang rakan calon di situ apa yang perlu dilakukan. Dia menjawab hanya tunggu pengumuman dari urusetia. Lega rasanya. Tak lama selepas itu urusetia memanggil mengikut jawatan. Patut lah ramai. SM ingatkan seramai itu calon hanya untuk jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat sahaja. Jadi setelah masuk, kami diberi kertas soalan seperti dalam lampiran yg SM sertakan. Untuk ujian yg SM pergi tu esei BM berkisar tentang banjir manakala Esei Bahasa Inggeris tentang memorable experience kita. Kami diberi masa 2 jam. SM bertungkus lumus la mengarang. Untuk pengetahuan am banyak tentang UKM. Mujur lah SM ada buat persiapan sedikit sebanyak. Kalau ada rezeki adalah nanti panggilan temuduga. Kalau takde, apa kan daya kan. See U olls in next pos "Interview Pembantu Setiausaha Pejabat N17 di KKTM Beranang)"

Masalah Pengangguran para Siswazah dan Lepasan Diploma

Seram kan bila baca. Adik adik kakak kakak yang tengah belajar mohon jangan trauma. Jangan menangis. Sila habiskan pengajian anda dulu ok! Ramai yg berkata, ohh student Poli thats why la masih tak bekerja. Thats why la bekerja biasa biasa. Selalu kan dengar. Tapi boleh bagitau SM student UITM dan U U lain yang menganggur hanya boleh dibilang dengan jari je ke? No. You are wrong if you say yes. Kemungkinan mereka lebih ramai Be chill student poli.. Pada zaman 2015 atau era teknologi sekarang ni, pengalaman amat diutamakan. Terutama dalam sektor kerajaan. Swasta pun tak kurang sama. Semua nya nak pengalaman. Jadi, kita yang fresh ni? Hmm orang pandang sebelah mata je. Tapi jangan gelabah. Kerja je apa-apa dulu. Gaji sikit ke apa ke jangan fikir semua tu. Asalkan korang ada pengalaman, dalam resume kat tang experience korang boleh update tak biar kosong macam tu je. N the most important is time interview korang boleh terangkan skill yang boleh digunapakai tu kat panel. Sedihkan. SM pernah pegi interview, SM ada sebut macam ni bila ditanya tentang boleh tak buat kerja tu and so on, ni yg SM jawab " InshaAllah saya boleh lakukan jika saya diajar, dilatih saya pasti akan dapat buat dengan baik".  Tau apa yg panel tu jawab? "Sekarang ni nak kerja, kalau nak belajar kena masuk universiti semula lah." Rasa sangat tertekan tapi apakan daya, SM just be cool dan cuba jawab soalan dengan baik. Tapi yg panel menjawab lancang begini untuk jawatan PSH (pekerja sambilan harian) di sebuah Jabatan di Putrajaya. Sebelum ini, SM pernah pegi interview di beberapa buah agensi badan berkanun dan kerajaan yang lain. Untuk jawatan tetap  Tetapi panelnya sangat profesional.  Psycho mereka sangat power. Jadi kita kena bijak menjawab soalan yang diajukan. Okey di post seterusnya SM akan share kan pengalaman interview yg SM pernah pergi. See you soon!

Saturday, March 23, 2013

Mac entry

24 Mac 2013. Hopefully everything will gonna be okey. Only a few weeks to go to finish my second semester. Ohh . Very challenging. Shorthand, Trengkas. Killer subject woaaa. Takut. Tak nak carry . Tapi apa usaha aku nie. Ya Allah. Takutnya nak hadapi final 22 April-25 April nie . No gape . Tak de ruang nak bernafas langsung nie . Takut woiiiii! Nampak tak ketakutan aku tu?Tapi aku mmg nampak relax je. Padahal  dalam hati, hanya Allah yang tau. Macam tu jugak lah sayang aku kat makhluk Allah yang sorang tu . Melekat kat dia sorang je. Da tak boleh nak ubah langsung . Tetap. Tak nak meleleh langsung. Beku je kat dia. Merepek panjang woii . Sikit2 sudah . Jenis over. Hahahaha . Bosan woaa . Kat sini la tempat nak mengadu. Upppss . Aku tau . Allah ada . Although aku bukan jenis yang baik pun, tapi aku tak lupa taggungjawab aku dengan Allah as seorang muslim. Mean solat lima waktu. Sebab? Sejahat mana pun kita, solat lah yg membezakan kita dengan orang kafir right? So, kalau kita nie tak baik, then tinggal solat pulak, ape kes nak pegang title orang Islam? Betul kan? Ape pun, aku cuba n cuba untuk jadi yg lebih baik. N I hope my dear love also try to do the same thing. MN bin N . Sayang kamu sokmo lahhh . :)