Sunday, October 11, 2015


Masalah Pengangguran para Siswazah dan Lepasan Diploma

Seram kan bila baca. Adik adik kakak kakak yang tengah belajar mohon jangan trauma. Jangan menangis. Sila habiskan pengajian anda dulu ok! Ramai yg berkata, ohh student Poli thats why la masih tak bekerja. Thats why la bekerja biasa biasa. Selalu kan dengar. Tapi boleh bagitau SM student UITM dan U U lain yang menganggur hanya boleh dibilang dengan jari je ke? No. You are wrong if you say yes. Kemungkinan mereka lebih ramai Be chill student poli.. Pada zaman 2015 atau era teknologi sekarang ni, pengalaman amat diutamakan. Terutama dalam sektor kerajaan. Swasta pun tak kurang sama. Semua nya nak pengalaman. Jadi, kita yang fresh ni? Hmm orang pandang sebelah mata je. Tapi jangan gelabah. Kerja je apa-apa dulu. Gaji sikit ke apa ke jangan fikir semua tu. Asalkan korang ada pengalaman, dalam resume kat tang experience korang boleh update tak biar kosong macam tu je. N the most important is time interview korang boleh terangkan skill yang boleh digunapakai tu kat panel. Sedihkan. SM pernah pegi interview, SM ada sebut macam ni bila ditanya tentang boleh tak buat kerja tu and so on, ni yg SM jawab " InshaAllah saya boleh lakukan jika saya diajar, dilatih saya pasti akan dapat buat dengan baik".  Tau apa yg panel tu jawab? "Sekarang ni nak kerja, kalau nak belajar kena masuk universiti semula lah." Rasa sangat tertekan tapi apakan daya, SM just be cool dan cuba jawab soalan dengan baik. Tapi yg panel menjawab lancang begini untuk jawatan PSH (pekerja sambilan harian) di sebuah Jabatan di Putrajaya. Sebelum ini, SM pernah pegi interview di beberapa buah agensi badan berkanun dan kerajaan yang lain. Untuk jawatan tetap  Tetapi panelnya sangat profesional.  Psycho mereka sangat power. Jadi kita kena bijak menjawab soalan yang diajukan. Okey di post seterusnya SM akan share kan pengalaman interview yg SM pernah pergi. See you soon!

0 comments:

Post a Comment