Sunday, October 11, 2015

UJIAN KOMPETENSI KELAYAKAN UKM


UJIAN KOMPETENSI UKM

Siapa pernah join try test and cuba pergi ujian ni? SM ada pergi baru baru ni. baru lagi pada 02/10/2015.


Okey macam tu la lebih kurang jemputan untuk ke ujian kompetensi tu. Actually mohon jawatan ni bulan 8 kalau tak silap. Bulan 10 baru dapat respon. First pihak mereka email, then mereka akan SMS pada kita. So pergi lah ke Bangi pada 01/10/2015. SM ni bukan lah biasa mana jalan KL tapi buat buat tau jelah. Itu pun pasal ada Encik Waze. Sampai lah ke Bukit Mahkota. SM bermalam di rumah bapa saudara. Tapi keesokannya SM bertolak jam 7.00 pagi. Terikut pulak jalan yang jammed. Berpeluh ketiak rasa. Takut terlewat. Ok then 7.45 sampai di UKM centre. Turun kereta tanya guard salah pulak. Tempat ujian di tempat lain. Mujur lah dekat je. Pusing punya pusing dalam kawasan yang baru pergi tu tak jumpa. Last last turun pergi tanya seorang lecturer. Baik sangat lecturer tu. Santun budi pekerti nya sangat mulia, Lembut je menjawab pertanyaan kita. Ok then SM follow sampai lah ke tempat ujia. SM sampai dah jam 8.05a.m. Berderau rasa. Tapi tengok-tengok kat dewan tu ratusan calon masih lagi beratur di luar dewan. Alhamdulillah. SM pun terus melulu ke dewan and sampai je terus tanya salah seorang rakan calon di situ apa yang perlu dilakukan. Dia menjawab hanya tunggu pengumuman dari urusetia. Lega rasanya. Tak lama selepas itu urusetia memanggil mengikut jawatan. Patut lah ramai. SM ingatkan seramai itu calon hanya untuk jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat sahaja. Jadi setelah masuk, kami diberi kertas soalan seperti dalam lampiran yg SM sertakan. Untuk ujian yg SM pergi tu esei BM berkisar tentang banjir manakala Esei Bahasa Inggeris tentang memorable experience kita. Kami diberi masa 2 jam. SM bertungkus lumus la mengarang. Untuk pengetahuan am banyak tentang UKM. Mujur lah SM ada buat persiapan sedikit sebanyak. Kalau ada rezeki adalah nanti panggilan temuduga. Kalau takde, apa kan daya kan. See U olls in next pos "Interview Pembantu Setiausaha Pejabat N17 di KKTM Beranang)"

4 comments:

  1. general knowledge pasal ukm tu contohnya macam mana sis? boleh terangkan

    ReplyDelete
  2. Sory.. baru perasan.. general knowledge nama canselor, tahun penting ukm apa semua tu. Baca sikit2 pun ok dah

    ReplyDelete
  3. Sis, nak tanya, soalan selain general kwowledge pasal ukm ada x?

    ReplyDelete